|
Perkhidmatan Utama 3C
Kompleks 3C sebagai pusat pembangunan kanak-kanak dan komuniti setempat menyediakan 6 perkhidmatan utama untuk orang awam dari pelbagai golongan :
1. Pusat Perkembangan Kanak-Kanak (PPK) Pusat Perkembangan Kanak-kanak (PPK) ini dikenali ramai dengan singkatan nama PPK 3C. Ia merupakan pusat perkembangan untuk kanak-kanak berumur 3 – 4 tahun dan dibuka kepada anak-anak kakitangan MPSJ dan juga orang awam dari pelbagai kaum sejak Ogos 2006.
2. PraSekolah Kompleks 3C
Program PraSekolah telah dimulakan pada Mei 2007 dan dibuka kepada kanak-kanak yang berumur 5 - 6 tahun yang berminat. Program ini menggunakan sukatan pelajaran Kurikulum PraSekolah Kebangsaan.
3. Taska MPSJ
Taska MPSJ disediakan khas untuk penjagaan anak-anak kakitangan MPSJ sahaja dari peringkat bayi hingga ke kanak-kanak sekolah rendah yang berusia 12 tahun. Taska ini mempunyai 2 cawangan iaitu di USJ 3C/1 Subang Jaya dan Kuarters Puchong.
4. Program dan Aktiviti
Kompleks 3C menyediakan program dan aktiviti untuk pelbagai golongan dari peringkat kanak-kanak, remaja dan juga dewasa yang dijalankan sepanjang tahun. Program dan aktiviti yang dijalankan di Kompleks 3C terdiri dari jenis Kelas Harian & Mingguan, Kursus Jangka Pendek dan Aktiviti Cuti Sekolah. Bagi menambahkan kepelbagaian program & aktiviti yang dijalankan, pihak Majlis telah melantik beberapa operator yang mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tertentu bagi menjalankan aktiviti usahasama di Kompleks 3C. Senarai program yang dijalankan dengan usahasama dengan operator yang dilantik adalah seperti berikut :
5. Sewaan Auditorium
Kompleks 3C menyediakan kemudahan sewaan auditorium kepada umum bagi tujuan menjalankan aktiviti pembelajaran, kursus, seminar, mesyuarat, taklimat dan juga konvokesyen kanak-kanak PraSekolah.
6. Kemudahan Awam
Di Kompleks 3C terdapat beberapa kemudahan-kemudahan am yang boleh dikongsi bersama penggunaannya oleh orang awam. Antara kemudahan am yang terdapat di Kompleks 3C ialah :
 |
 |
 |
|
Lobi Utama 3C |
Tempat Letak Kereta (Percuma) |
Tapak Summer Camp |
 |
 |
 |
|
Kebun |
Petting Zoo & Akuarium |
Galeri Seni |
 |
 |
 |
|
Kafeteria |
Pentas Terbuka |
Outdoor Activities |
 |
|
Cafe Garden | << Kembali>>
Lokasi : Kompleks 3C MPSJ , Jalan PJS 11/2 , Taman Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
No. Telefon : 03 - 5635 1534 No. Faks : 03 - 5636 1834
|