|
Kompleks 3C

Pengenalan
Kompleks 3C (Children Creativity Centre) dibangunkan bagi memenuhi sebahagian daripada tanggungjawab MPSJ kepada masyarakat dalam pembangunan modal insan yang berpengetahuan dan kreatif bermula dari zaman kanak-kanak lagi. Ia juga menyediakan segala aktiviti dan program yang boleh menambahkan lagi kebolehan dan kemahiran kanak-kanak yang mana tidak terdapat di mana-mana tadika dan taman bimbingan kanak-kanak lain di Subang Jaya.
Kompleks 3C adalah merupakan projek pembangunan "unique" bagi kanak-kanak di Malaysia yang menyediakan prasarana ruang dan masa bagi perkembangan mental , fizikal , dan intelektual kanak-kanak. Secara tidak langsung ianya berguna bagi menyekat masalah dan isu sosial di kalangan remaja sejak dari zaman kanak-kanak lagi.
Latar Belakang
Dibina : Tahun 2002
Siap dibina : Tahun 2004
Keluasan : 2 hektar (5 ekar)
Tujuan pembinaan : Melaksanakan hasrat murni MPSJ
Idea pengisian : Lawatan rasmi MPSJ & Kerajaan Negeri Selangor ke London Mei 2006
Mula dibuka : Ogos 2006 mengembangkan kreativiti kanak-kanak setempat
Kini : Menjadi pusat pembangunan modal insan untuk kanak-kanak , remaja, dewasa dan juga anak-anak istimewa
Visi
Menjadi pusat perkembangan kanak-kanak yang berciri antarabangsa berteraskan Kediaman Idaman.
Misi
Melaksanakan tanggungjawab sosial Majlis dalam pembangunan insan bermula dari peringkat awal kanak-kanak ke arah menjadikan sebuah perbandaran sejahtera.
Objektif
1. Memantapkan pengurusan dan imej 3C
• Penyediaan keperluan perkhidmatan 3c • Keselamatan dan kebombaan • Keceriaan Bangunan • Publisiti dan promosi
2. Meningkatkan kutipan hasil 3C
• Mempertingkatkan keberkesanan kutipan hasil i. Semasa ii. Tunggakan
3. Memantapkan program dan aktiviti 3C.
• Pendidikan awal kanak-kanak 3C
i. Penggunaan kaedah Fun Learning kanak-kanak PPK 3-4 tahun ii. Penggunaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaankanak-kanak 5-6 tahun iii. Modul pembelajaran Interaktif untuk kanak-kanak prasekolah. iv. Konvokesyen tamat PraSekolah
• Taska dan Pusat jagaan kanak-kank MPSJ
• Kepelbagaian kategori kelas pembelajaran kanak-kanak remaja dan dewasa 3C.
• Aktiviti cuti sekolah.
4. Memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dengan pihak luar.
• Perkongsian Bestari MOU / kerjasama Pintar dengan Agensi kerajaan / Swasta /NGO
|| Fungsi dan Piagam Pelanggan 3C || Direktori || Carta Organisasi || Perkhidmatan Utama || Program / Aktiviti Cuti Sekolah || Aktiviti Mingguan || || Peta Lokasi Kompleks 3C ||
Lokasi : Kompleks 3C MPSJ , Jalan PJS 11/2 , Taman Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan No. Telefon : 03 - 5637 0279 03 - 5637 0279 No. Faks : 03 - 5636 1834
Aktiviti Kompleks 3C
</body>
|